I made this widget at MyFlashFetish.com.

RENUNGAN

Aug 14, 2010

KEDATANGANMU KU NANTI..OH RAMADAN


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalmmualaikum sahabat sekalian,sudah lama rasanya saya tidak mengarang di blog kesayangan hamba ini,rasanya belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan salam Ramadan kepada semua sahabat pembaca sekalian,Ramadan sesungguhnya bulan yang penuh rahmat dan keberkatannya.Bagaimana dengan hadaf sahabat pada bulan Ramadan kali ini,di harap Ramadan kali ini memberi banyak makna dan yang paling penting sekali temujanji kita dengan Allah telah di listkan dalam buku kehidupan kita.Insyaallah..
ada stu pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama sahabat semua.Bukanlah bertujuan untuk mendabik dada apatah lagi bangga dengan diri sya sendiri,tetapi satu pengalaman yang terjadi pada malam ke 21 Ramadan.Sesungguh siapalah yang boleh memungkinkan kuasa ALLAH itu.Tepat jam 12 malam biasalah sebagai seorang penuntut sememangnya tidak boleh lari dari mengulangkaji pelajaran hingga larut malam,tambahan pula keadaan kolej kediaman yang orng kata cukuplah untuk tempat menghilangkan penat dan agak selesa untuk diri sendiri.Tandas kebahagian blok yang saya tinggal berada di luas bilik jadi agak jauh jugalah untuk saya menunaikan hajat sebagai seorang insan,bayangkan sambil berjalan ke tandas sempat lagi untuk mendongak kelangit melihat suasana malam yang hening,pokok -pokok yang turut berzikir pada bulan Ramadan kareem.Adakalanya hati jahat mula mencelah,menafikan yang tiada malam laillatul qadar dan tiada yang menabjukkan langsung pada malam ini.setelah sampai di tandas ,saya mengambil wuduk dan pulang semula bersendirian ke bilik penginapan ,tanpa ditemani rakan-rakan sebilik,sekali lagi saya mendongak kelangit kiri dan kanan.Subhanallah,sesungguhnya tiada siapa yang dapat menandingi kuasa ALLAH,para sahabat nak tahu apa yang sya nampak....lidah kelu,bulu roma berdiri,dan macam -macam lagi.tergambar di langit biru kegelapan pada waktu itu gambaran nama Allah,yang bermula dari sebelah kanan.Ya Allah apakah benar itu semua?sekali lagi saya memohon keampunan dari ALLAH kerana seolah-olah seperti mencabar kekuasaannya...namun gambaran itu tidak lama,ia kemudian berlalu hampir 3 minit sahaja,seakan-akan hadir sebagai petunjuk kepada makhluknya yang mencabar kekuasaannya.kejadian itu berlaku hampir 2 tahun lepas,untuk ramadan kali ini,sebagai seorang hamba yang dhaif lagi fakir ini,memohon tempat di sisimu ya Allah,beriku kekuatan dalam menghadapi tanggungjawab sebagai seorang khalifah di bumi ini.lindungi keluarga,kami,anak-anak kami,dan sesiapa saya yang berada di sisi kami dengan lembayung rahmatmu Ya ALLAH.Terimalah taubat hambamu ini.oh Ramadan kedatanganmu ketunggu.Kepulanganmuku Tangisi...yang benar,Khalifah di bumi ALLAH