I made this widget at MyFlashFetish.com.

RENUNGAN

Sep 30, 2011

JOM BERLAPANG DADA


Make a Ladybug Note at WishAFriend.com


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi...
Assalammualaikum..
Usai pulang dari tempat mengajar,dalam perjalanan pulang ke rumah...saya dan teman sekerja menhilangkan penat kami dengan bersembang...hinggalah keluar kalimah berlapang dada....mmmm..ia membuatkan saya terdiam seketika....berlapang dada...itulah sifat mahmudah yang paling rendah yang kita sukar untuk amalkan..
sebenarnya tak sesukar mana pun...bak kata pepatah tepuk dada tanyalah iman..
ia membuatkan saya terdiam seketika..dan muhasabah diri kembali....Ya Allah ...mengapa sukar sungguh hambamu ini berlapang dada...
Berlapang dada memang adakalanya payah terutamanya apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita. Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada keluarga mahupun sahabat terdekat kita, kita seringkali menjadi orang yang pertama meletakkan syak wasangka kepada mereka. Ayuh kita berlapang dada...agar kita mampu untuk bergerak dengan lebih teratur. Bukankah kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita? Mengapa perlu kita ada perasaan yang bakal mengganggu fikiran dan hati kita, dan itu juga mungkin bakal menjadi hijab atau penghalang kepada mereka.

Ayuh kita berlapang dada...sungguhpun payah, jika kita cuba dan sentiasa mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam diri bukan? Seringkali dikatakan bahawa perbuatan yang diulang sebanyak 21 kali itu akan menjadi sifat kekal di dalam diri kita. (dengan izin-Nya tentunya...)

Ayuh kita berlapang dada...kerana dengannya kita mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita senangi.

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)


Ketika kita meminta Allah menukar ibadah kita dengan secubit rezeki
Allah berikan sebesar-besarnya untuk kita perolehi
Usahlah kita menghitung dengan Allah atas apa yang akan diberikan Allah atas ibadah kita
akan tetapi hitunglah banyak mana amalanmu yang telah kamu laksanakan...
InsyaAllah..
..

Sep 20, 2011

CANTIK







Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia. Padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang anggap rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik, ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini!

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam Islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sep
uluh juta itu

Sep 5, 2011

MENITI HARI..MEGGAPAI WAKTU..MELEMPAR KENANGAN…

ASSALAMMUALAIKUM…DAH LAMA RASANYA SAYA TAK MENGEMBANGKAN BLOG SAYA NI…HAMPIR 3 BULAN RASANYA…SIBUK DENGAN TUGAS KU SEBAGAI PENDIDIK MEMBUATKAN DIRIKU INI TIADA RUANG UNTUK MENGARANG…RINDU UNTUK BERCERITA…

KENANGAN YANG LALU BAGAIKAN MIMPI NGERI BUATKU..TUGAS YNG LALU BAGAIKAN DI KERAH BERTUBI-TUBI OLEH MAJIKAN KU…MEMBUATKAN TUBUH KU SEPERTI TERKENA KEJUTAN…SYAFAKILLAH….DEMAM MENYERANGKU…MUNGKIN TERLALU PENAT…CUKUPLAH KU NAMAKAN TEMPAT KU MENCURAHKAN BAKTIKU ITU SEBAGAI TN SHAJA…TERLETAK DI PINGGIR IBU KOTA…

CUKUP LAH KALI INI….BIARKAN DIRIKU SHAJA YANG BEKERJA DI SITU..KE DOAKAN SELEPAS INI TIADA LAGI YANG AKAN MENJADI MANGSA KETIDAK PRIHATINAN MAJIKAN KU ITU…YANG BERTOPENGKAN KEBAIKAN DI SEBALIK KEBURUKANNYA ITU..

WAHAI TEMAN KEPERJUANGAN KU DI SANA…TABAHLAH DIRIMU DI SANA…DIKAULAH INSAN TERPILIH…TIDAK DIRIKU…

WAHAI ANAK DIDIKKU..

TERUSKAN LAH IKTIKADMU..

MISKIPUN DIRIKU TIADA..SAYANG SEMUANYA….USTAZAH RINDUKAN KALIAN..TETAPI APAKAN DYA DIRIKU..REZEKI DI SANA TIDAK MENYEBELAHI..


 

SELAMAT BEJUANG SAHABATKU…SEMOGA AllAH MEMBERKATIMU..