I made this widget at MyFlashFetish.com.

RENUNGAN

Showing posts with label petua. Show all posts

Jun 8, 2010

Masalah..oh masalah.

Pernah suatu hari ada seorang pemuda datang ke rumah penulis,Kemudian dia bertanya kepada penulis itu 'Kenapa hidup saya selalu menderita?' Kemudian penulis itu bertanya kepadanya kembali, 'Kenapa harus menderita?' Pemuda itu pun menjelaskan, 'Apapun yang saya kerjakan selalu sahaja menemui kegagalan. Orang yang saya cintai selalu pergi meninggalkan saya, karier saya juga turut tidak pernah berkembang.'

Pada saat itu,penulis seakan memahami apa yang terjadi pada dirinya. Ketika masalah datang bertubi-tubi ia berpotensi menimbulkan tekanan hidup yang begitu kuat. Kehilangan material, gagal dalam karier, kehilangan orang yang dicintai dan kehilangan sebuah harapan akan mengakibatkan tekanan berkepanjangan ,pabila keimanan dan ketaqwaan kepada Allah tidaklah sekukuh tiang ia akan menyakiti diri sendiri. Akibat buruk dari tekanan ini secara tidak langsung turut melibatkan masyarakat sekelilingnya. Itu sebabnya mencegah sesuatu keburukan itu jauh lebih penting daripada mengubatinya.

Jika kita sedang mendapatkan masalah, apapun masalahnya hadapi. Janganlah mundur, hadapi semuanya dengan keteguhan hati. Jangan biarkan tubuh kita lemah disebabkan hal yang demikian. Jika kita melemah diri kita,ia akan membuat kita jatuh sakit. Menghadapi semua masalah yang telah terjadi senantiasa memohon pertolonganNya akan lebih mudah menyelesaikan masalah itu sendiri.

'Barang siapa yang menjaga kesopanan dirinya maka Allah akan menjaga kesopanannya. Barang siapa merasa cukup, maka Allah akan mencukupkannya. Barang siapa berlatih sabar, maka Allah akan memberikan kesabaran. Tidaklah seseorang mendapatkan kurnia yang lebih baik dan lebih luas daripada kurnia kesabaran' (HR. Bukhari - Muslim).

Setiap kali kita memandang kehidupan kita sehari-hari, kita akan mengetahui pada waktu bila sebuah masalah itu hadir. Menghindari masalah itu lebih baik daripada membiarkan hidup kita dipenuhi masalah. Cara mengindarinya mudah, hindarilah hutang, jangan meremehkan kesihatan, suka marah, bertutur kata buruk, kebencian, suka membuka konflik dengan orang lain, Pesan indah dari Abdul Qadir jaelani patutlah didengar 'Taat kepada Allah dan berlaku adil pada orang lain,' inilah cara kita menghindari hidup dalam penderitaan yang berpanjangan.

Mencegah itu lebih baik daripada hidup terus menerus dalam masalah. Tidak membiarkan hidup dalam kegelapan karena akibat perbuatan diri sendiri, bertutur kata yang baik dan berperilaku baik. Tebarkanlah benih-benih kasih sayang, keindahan dan kebaikan di penjuru muka bumi. Pastikan semua nyaman dan damai. Lalu dengan tulus hati kita menyemai pohon-pohon kebaikan, demi manfaat bagi diri kita. Dengan demikian membuat hidup kita disenangi oleh Allah dan sesama. Sungguh terasa indah hidup ini sebab kurnia Allah yang terbesar pada diri kita adalah 'Kesabaran.'

May 7, 2010

Zikir dan otak

 Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. 

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.