I made this widget at MyFlashFetish.com.

RENUNGAN

May 24, 2010



Sejarah Sambutan Hari Ibu
                Jika diimbas kembali,seiap perkara yang wujud ada sejarahnya tersendiri.Berdasarkan sejarah hari Ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang Greece.Sambutan ini adalah penghormatan terhadap Rhea iaitu ibu kepada para dewa dalam sejarah Yunani kuno yang juga isteri kepada Dewa Kronus.
Pada tahun 1600,orang –orang England merayakannya yang dikenali sebagai perayaan Mothering Sunday.Mothering Sunday diraikan pada Ahad keempat setiap Lent.Lent adalah tempoh masa 40 hari sama ada dalam Februari atau Mac.
                Dalam tempoh ini,terdapat sebahagian orang-orang kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.Amalan itu adalah penghormatan  mereka terhadap Mother Mary.
                Menurut kepercayaan orang Kristian .Mother Mary adalah Maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang dilabelkan sebagai Tuhan agama mereka.Walaubagaimanapun Hari Ibu disambut di seluruh Dunia,tetapi tarikh perayaan antara negara-negara amat berbeza .Sebahagian contoh ,di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 negara lain seperti Australia,Kanada,Jerman,Itali,Jepun,Belanda,Malaysia,Singapura,Taiwan dan Hong Kong di sambut pada hari Ahad minggu dalam bulan Mei.Manakala  Negara-negara lain menyambutnya pada bulan  Februari,Mac,Julai,Ogos,Disember dan sebagainya.
Menurut pandangan Jabatan Mufti Selangor,ramai yang berpendapat bahawa Hari Ibu tidak perlu disambut dan tidak kurang pulayang bersetuju bagi mengenangkan jasa serta pengorbanan  mereka yang bergelar ibu di Dunia.
                Bagi mereka menentang disebabkan faktor asal-usul  perayaan yang terang –terangan bertentangan dengan Islam dan tidak mahu ibu hanya diperingatkan haya pada waktu yang tertentu. Bahkan setiap hari merupakan  hari Ibu sama ada melalui apa sahaja medium perhubungan di era teknologi.
                Manakala bagi mereka yang bersetuju member alasan bahawa anak-anak sekarang terlalu leka dengan segala teknologi terkini dan hiburan yang melampau .Institusi kekeluargaan zaman moden mula terabai dan kes keretakkan keluarga zaman moden mula terabai dan kes keretakkan keluarga semakin menjadi-jadi .Olehitu ,sambutan Hari Ibu menjadi satu peringatan kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan juga keluarga.
                Jabatan mufti juga telah mengeluarkan garis panduan bagi sambutan yang di anjurkan menurut perspektik Islam.Antaranya ialah sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya sederhana,tidak melalaikan tanggungjawab seorang muslim,mengasihi sesame sanak saudara iaitu melalui amalan ziarah-menziarahi,menzahirkan rasa syukur ketika mendapat kesenangan dan bersimpati apabila ditimpa musibah.Selain itu juga,sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersamaahli keluarga,majlis tahlil,doa selamat,pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang muhibbah.

2 comments:

autumn said...

best

autumn said...

tak larat nk taip dh.... td dh taip tp ilang plak
i support u utk publish info2 yg baik nye.... i agree kta tak pyh pon nk rykn hai ibu ni... coz stiap hai adlh hari ibu.. n we must appreciate them whenever we're..
ni tebukti pabila semakinamai ank buang ibu setelah dewasa... ini menunukkan bhw.. hari ibu ni tk bg ksn pon... coz takde phytn agama. just dr luaran je...

Post a Comment