I made this widget at MyFlashFetish.com.

RENUNGAN

Jun 25, 2010



Hati Dalam Kegelapan




Ada satu kisah seorang gadis yang membenci dirinya sendiri bahkan semua orang yang disekelilingnya dia benci, kecuali kekasihnya yang selalu setia menemani dan memberikan dorongan semangat untuk hidup. Sebenarnya gadis itu cantik kekurangan yang ada dirinya hanyalah satu iaitu kedua matanya tidak dapat melihat. Dalam selalu meratapi kehidupannya.

Namun gadis itu sangatlah beruntung memiliki pujaan hati yang cukup sabar mendengar segala keluh kesahnya bahkan mampu menghiburkan dan membuatkannya tersenyum. Cintanya pada gadis itu dibuktikan dengan melamar tetapi gadis itu rela bernikah apabila penglihatannya sempurna.

Doa gadis itu akhirnya terkabul. Ada seseorang yang bersedia mendermakan matanya. Betapa bahagia dirinya begitu menyaksikan dunia baru yang indah dan penuh warna. Kekasihnya juga ikut bahagia merasakan kegembiraan. Dia segera menagih janji gadis itu.

'Sekarang dirimu boleh melihat dunia, adakah kau mahu bernikah denganku?' tanya kekasihnya.

Gadis itu terkejut disaat melihat kekasihnya ternyata buta. Gadis itu kecewa dan menolak untuk menikah dengan pujaan hatinya yang buta. kekasihnya dengan air mata yang mengalir, hatinya bagai tertusuk sembilu kemudian meninggalkan pesan disecarik kertas.

'Wahai Kekasihku, tolong jaga baik-baik mataku!'

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah diatas memperlihatkan bahawa disaat status sosial kita berubah menjadi lebih baik maka berubahlah pula gaya hidup kita, hanya segelintir sahaja orang yang ingat akan kehidupan sebelumnya dan sesetengah yang lain dapat mengingati siapa sebenarnya sahabat sejatinya. Sahabat yang telah menemaninya dalam suka mahupun duka, dalam tangis dan tawa, begitu sudah menjadi orang berjaya, kita mudah melupakan sahabat sejati yang telah menemani kita dalam mengharungi perjalanan hidup.

No comments:

Post a Comment